AJK Tajaan

 (Gambar bersama dengan pemilik Terracerustic Cafe`)

Pada 3 Mac 2016, saya Luqman Hakim sebagai AJK Tajaan bersama dengan ketua projek, Mohamed Fikri dan turut dihadiri juga AJK yang lain, Muhamad Aniq Abbas dan Syed Eqbal telah berjaya mendapat dana berjumlah RM200 daripada pemilik Terracerustic Cafe` yang bertapak berdekatan dengan Gerbang Malam Ipoh. Dengan berkat dan usaha alhamdulillah diberikan dana walaupun sedikit tapi ia dapat membantu dalam mengumpul dana untuk program kali ini.

Pada 14 Mac 2016, Ghazimi (student KPTM DMM0422) dan keluarganya telah menyumbang dana sebanyak RM400 untuk membantu program kali ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ghazimi kerana telah membantu untuk mencari dana daripada keluarganya. Sedikit sebanyak dapat membantu kos untuk menjayakan program kali ini.

Dana seterusnya akan diusahakan secepat mungkin dan pelbagai cara telah difikirkan untuk memperoleh dana. Dalam tempoh yang terdekat ini, AJK tajaan akan mendapatkan dana daripada seorang hamba Allah yang ingin membantu. InsyaAllah dana itu akan dapat secepat mungkin.

Dana yang telah terkumpul setakat ini : RM600

Maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian.
Sekian terima kasih,

Penulis : Luqman Hakim Bin Abdul Rahman



Saya dan Syed Eqbal telah berjumpa dengan sponsor dari Versi Niaga Ent dan Mr. Steakhouse di pejabat beliau di Medan Gopeng pada 26/2/2016. Perjumpaan tersebut membincangkan tentang sponsor yang hendak diberikan. Alhamdulillah, pada 21/6/2016 saya dan Luqman Hakim berjaya dapatkan tajaan berjumlah RM200.

Penulis: Ahmad Fariqnazrin dan Syed Eqbal Faznel





(Gambar bersama dengan Pengurus NexusJade Sdn Bhd)

Pada 30 Mac 2016, saya Luqman Hakim bersama dengan Aniq Abbas telah berjaya mendapatkan tajaan sebuah kipas berdiri dan 6 set pensil warna daripada NexusJade Sdn Bhd. Disamping itu, ahli keluarga Mohamed Fikri turut memberi sumbangan 2 buah kipas berdiri manakala 2 buah lagi diperoleh daripada keluarga Afiq. Dengan itu dapatlah menampung perbelanjaan bahagian tajaan yang memerlukan dana untuk membeli kipas berdiri yang akan disalurkan kepada rumah anak yatim tersebut. Dengan kejayaan ini juga dapat memenuhi permintaan rumah anak yatim tersebut yang memerlukan kira-kira 4 buah kipas berdiri. 

Penulis: Luqman Hakim Bin Abdul Rahman



Saya Alif Naquiddin sebagai AJK Tajaan telah mendapatkan dana daripada keluarga saya sendiri yang terdiri daripada ayah saya iaitu Arifin sebanyak RM700 dan juga ibu saya iaitu Ros Aini sebanyak RM500. Jumlah dana yang saya dapat dari keluarga saya berjumlah RM1200 yang akan disalurkan kepada rumah anak yatim.

Penulis: Mohamad Alif Naquiddin Bin Arifin

1 comment: