PEMBINCANGAN PERTAMA MENGENAI MAKANAN
- Makan Pagi
- Bihun Goreng
- Air Teh Tarik
- Kuih Muih
- Makan Tengahari
- Nasi Putih
- Lauk Masakan Kampung
- Air Oren
- Minum Petang
- Air Teh O ais
- Mee Kari
- Kuih Muih
Kami juga akan menyediakan Air Mineral sebanyak 3 kotak kepada anak yatim dan kepada pelajar serta pengiring yang akan bersama dalam aktiviti Rumah Anak Yatim ini.
Penulis
(Nurul Asyiqin Bt Salleh)
Penulis
(Nurul Asyiqin Bt Salleh)
SEMINGGU SEBELUM HADIR KE RUMAH
ANAK YATIM YAYASAN AN-NUR MAISARAH.
Setelah kami berbincang bersama kami telah mengubah menu untuk hari yang akan berlansung pada hari sabtu bertarikh 9.4.2016 . Kesemua menu ini juga atas persetujuan dari pihak rumah anak yatim itu dan juga kami sekelas. Makanan ini juga tidak terlampau berat dan mengenyangkan. Selain dari itu ini juga di atas bajet yang kami dapat.
- Makan Pagi
- Bihun Goreng
- Air Teh Tarik
- Kuih Muih
- Makan Tengahari
- Nasi Putih
- Lauk Masakan Kampung
- Air Oren
- Minum Petang
- Air Teh O ais
- Roti Sardin
- Kuih Muih
yang bertukar hanyalah pada menu petang dari mee kari kami tukarkan kepada roti sardin.
Penulis
(Aiman Zikri bin Ab Rasip)
(Nurul Asyiqin Bt Salleh )
SESI JALINAN KASIH DI RUMAH
ANAK YATIM YAYASAN AN-NUR MAISARAH .
Pada hari sabtu bersamaan dengan 09/04/2016 telah berlansungnya hari bersama anak-anak yatim tersebut , Kami sebagai AJK MAKANAN telah berkerja keras bagi menggembirakan semua orang yang terlibat dalam sesi jalinan kasih bersama anak anak yatim ini. Makanan yang dimasak pada hari tersebut telah dimasak oleh tukang masak dari rumah anak yatim tersebut .Beliau bernama Pakcik Zainal , dia bersama seorang pembantunya berusaha keras memasak setiap makanan yang enak untuk semua orang mengisi perut sehingga kenyang dan tidak di nafikan setiap masakan di masak oleh mereka berdua sangat berpuas hati untuk kami dan anak-anak yatim tersebut air tangan. Pakcik zainal dan pembantunnya telah menyediakan hidangan untuk pagi, tengah hari dan minum petang.
(Pakcik Zainal)
Kami berdua iaitu Asyiqin dan Aiman telah menghidangkan makanan kepada anak-anak yatim tersebut supaya mereka dapat makan secara tersusun dan teratur dan juga bersih .Setiap sesi makan anak-anak yatim tersebut akan makan di atas lantai yang berlapikkan tikar , dan kelainan di lakukan pada sesi makan tengah hari dan petang anak-anak yatim tersebut di hidangkan makanan di dalam talam dan setiap talam kami menghidangkan lauk dan nasi yang cukup untuk 3-4 orang untuk satu talam. Tujuan makan di dalam talam adalah bagi mengeratkan silaturahim dan mengikut sunnah Nabi .Selain itu, Aiman Banyak membantu dalam melayan anak-anak yatim tersebut seperti mengisi semula air dan makanan .Manakala Asyiqin akan memastikan anak-anak yatim dan rakan-rakan kami akan dapat makanan dan minuman yang cukup pada waktu itu dan akan membantu aiman menghidangkan makanan kepada mereka.
(Salah seorang dari anak-anak yatim tersebut akn bacakan doa makan)
Setelah habis kesemua sesi makan pagi,tengah hari dan makan petang kami berdua berasa sangat senang hati kerana melihat mereka iaitu anak-anak yatim ini gembira sambil ketawa mengusap perut yang kekenyangan .Setiap sesi makan kami berdua akan menghidangkan mereka makanan yang secukupnya untuk mengisi perut yang lapar. Kami berdua sangat gembira melihat mereka makan dengan selesa dan teratur dan semuanya cukup dan kami berjaya mengisi segala yang mereka mahukan .Setiap makanan yang di makan mereka semua adalah kekenyangan buat kami berdua . Terima kasih juga pada yang membantu kami berdua dalam bab menyediakan makanan ,terima kasih juga kepada tukang masak yang masakkan hidangan yang enak buat kita semua iaitu pakcik zainal .
Penulis
(Aiman Zikri bin Ab Rasip)
(Nurul Asyiqin Bt Salleh )
TUGAS LAIN DI SESI JALINAN KASIH DI RUMAH
ANAK YATIM YAYASAN AN-NUR MAISARAH .
Selain dari menyediakan makanan kami berdua iaitu Aiman Zikri dan Nurul Asyiqin juga menjadi fasi dalam kumpulan masing-masing sewaktu melakukan aktiviti bersama anak-anak yatim tersebut.
Aiman bersama kumpulan yang bernama "gagak" manakala Asyiqin bersama kumpulan yang bernama "pipit" kumpulan kami berdua mempunyai jumlah anak-anak yatim seramai 7 dan 8 orang .
Dalam Kumpulan aiman ,saya telah berkerjasama bersama Khairul Soleh , Afiq dan Amirul Syazwan kami bertiga adalah fasi yang bersama kanak-kanak tersebut dari pagi sehingga ke petang .Manakala Asyiqin telah berkerjasama bersama dengan Luqman Hakim , Syed Iqbal dan Fakhrul ,Kami berempat sangat gembira ketika bersama anak-anak yatim ini kerena mereka adalah anak yang sangat baik hati dan comel .Bagi kami mereka anak syurga yang tenang bila bersama .Sepanjang kami bersama mereka sepanjang hari penat itu adalah pekara terakhir yang menjadi keutamaan kami adalah kegembiraan mereka. Sampai ke hari ini saya Asyiqin dan dia Aiman masih teringat-ingat dengan anak-anak yatim tersebut ,telatah mereka dan gelak tawa mereka membuatkan kami gembira . Kalau di takdirkan untuk berjumpa sekali lagi mungkin kami tidak akan melepaskan peluang untuk melepaskan masa bersama untuk kali ke-dua . Semoga anak-anak yatim itu akan hidup dalam kegembiraan dan sentiasa tabah dalam mengharungi hidup di dunia serta di akhirat.
(kumpulan gagak)
(kumpulan pipit)
Penulis
(Aiman Zikri bin Ab Rasip)
(Nurul Asyiqin Bt Salleh )
AJK MAKANAN paling berjaya dengan cemerlang,gemilang dan terbilang. Well done son! <3
ReplyDelete