Kesemua barang keperluan untuk menjalankan aktiviti yang akan dilangsungkan pada hari tersebut, AJK Logistik telah membuat tinjauan di kedai-kedai berdekatan dan telah membuat senarai harga barang-barang yang diperlukan bagi aktiviti dan majlis yang bakal berlangsung pada hari tersebut. AJK Logistik juga akan berusaha untuk mendapatkan barang seperti projector, microphone dan speaker daripada pihak kolej untuk majlis dihari tersebut. Info seterusnya akan di beritahu kemudian. Terima Kasih.
Penulis: Muhamad Amirul Shazwan B. Idros
Pada 5/4/2016 saya wakil dari Unit Logistik bersama Unit Aktiviti, Bendahari, dan Penolong Ketua Projek serta unit lain bertungkus-lumus menemani mereka mencari segala barang-barang keperluan untuk digunakan semasa hari kejadian di kedai EcoRM2 yang terletak di pekan. Selain itu, kami juga terpaksa mengunjungi beberapa kedai untuk mencari barang tersebut serta membandingkan harga barang dengan kedai lain bagi menjimatkan lagi kos perbelanjaan. Hasilnya kami berjaya membeli kesemua barang-barang tersebut dengan harga yang berpatutan. Sekian terima kasih.
Penulis: Khairul Soleh B. Rahim
Pada 8/4/2016 sehari sebelum program ini saya dan Amirul Shazwan dari Unit Logistik telah berjumpa En Amir untuk mengambil keperluan elektronik seperti yang dijanjikan sebelum itu di SSI seperti PA sistem dan seterusnya berjumpa En Shaiful untuk mengambil barang lain seperti mikrofon, lcd screen, projektor, extension dan kamera. Selepas itu kami terus bergegas ke Rumah Anak Yatim itu untuk memeriksa serta memasang alat tersebut di dewan bagi mengelakkan suasana dari kelam-kabut di hari kejadian.
Penulis: Khairul Soleh B. Rahim
Di hari program kami berlangsung saya telah ditugaskan menjadi fasi kepada budak-budak tersebut dan seperti yang dimaklumkan oleh AJK Aktiviti kami telah dibahagikan kepada 4 buah kumpulan kecil. Saya telah dipilih menjadi fasi kepada kumpulan yang diberi nama Gagak bersama fasi lain seperti Aiman, Amirul Shazwan dan Afiq. Kami ditugaskan untuk menjaga seramai 9 orang budak di dalam kumpulan kami sepanjang program ini. Saya gembira dapat mengenali budak ini dengan lebih dekat sepanjang program ini. Sebagai contoh saya dapat melihat sendiri bakat mereka semasa melakukan aktiviti layang-layang dan semasa membuat aktiviti lain. Saya sebagai fasi berasa sangat berbangga kerana dapat menjaga kesemua ahli kumpulan dengan baik. Selepas tamat program itu saya telah mengemas semua barangan elektrik yang dipinjam. Alhamdulillah semua barang yang dipinjam mencukupi dan tiada yang rosak. Pada petang tersebut kami telah memulangkan kembali barang tersebut di ofis SSI. Sekian.
Penulis: Khairul Soleh B. Rahim
About
Blog ini digunakan untuk subjek Khidmat Masyarakat. Kami dari DMM 0422, akan meng-update segala info disini.
0 comments:
Post a Comment