AJK Aktiviti

                               



                                     Masa Aktiviti 


    7.30 : pagi Berkumpul di Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh 

    8.00 : pagi Bertolak ke Rumah Anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur 

    8.30 :  pagi Dijangka sampai ke Chemor 

    8.45 :  pagi Penerangan dan Pembahagian Tugas 

    9.00 :  pagi Senaman Pagi 

    10.00 :  pagi Sarapan Pagi

   10.30  : pagi Ice Breaking dan pembahagian kumpulan

   11.00 : pagi Pertandingan Mencipta Layang-layang

   12.00 : tengahari Rehat 

   12.30 : tengahari Sesi Ramah Mesra bersama Fasillitator 

   1.00 : petang Makan Tengahari dan Solat Zohor 

   2.00 : Aktiviti Explorace

   4.00 : petang Minum Petang dan Solat Asar 

  5.00 : petang Ucapan Penutup dan Penyampaian Hadiah 

 6.00 : petang Majlis Tamat dan Bersurai




Lampiran

Mengandungi 4 aktiviti

- Ice Breaking ( Sesi suai kenal antara pelajar dan penghuni rumah anak yatim )
- Pertandingan membuat layang - layang
- Explorace
- Bomb!
- Memegang barang amanah


Ice Breaking

- Anak - anak yatim dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut susunan number dari baris hadapan bermula dengan satu sehingga empat dan mereka akan berpecah ke kumpulan yang telah diberi nama iaitu Helang ,Merpati,Pipit ,Gagak dan seterusnya sesi suai kenal antara pelajar dan penghuni rumah anak yatim bermula .


Pertandingan Layang - Layang

- Diadakan setelah selesai sesi ice breaking , pertandingan mencipta layang - layang ini
diadakan bagi melihat kreativiti dan kecekapan mereka yang akan turut dibantu oleh
pelajar kptm .

- Bahan - bahan yang digunakan : 

1 ) Lidi
2) Kertas Lukisan
3 ) Tali Benang
4 ) Alatan Mewarna

* Pemenang akan dinilai dari segi aspek ketahanan dan kecantikkan .

* Langkah - langkah yang dicadangkan : 

1) Lidi diikat dengan tali benang
2) Mewarnakan kertas yang ingin diikat
3) Melekat kertas yang telah diwarna
4) Mencorakkan dengan kreatif layang - layang


Aktiviti Explorace

*Mengandungi tiga aktiviti iaitu :
 
      All for one , One for All

-  Aktiviti ini diadakan untuk melihat kerjasama di antara kumpulan dan semangat untuk                        memenangi sesuatu pertandingan dan aktiviti ini juga sesuai untuk umur mereka yang masih                kanak-kanak, Aktiviti ini menggunakan satu belon dan sebatang pensel diberikan kepada setiap         seorang dan mereka akan memulakan aktiviti ini apa muzik dipasang dan mereka akan berhenti           apabila muzik diberhentikan dan para fasi akan melihat belon itu jatuh atau kanak kanak itu salah       meletakkan pensel.



       Cabaran Tisu

- Cabaran tisu ini adalah untuk membentuk semangat tidak mudah putus asa di kalangan anak-anak disini kerana cabaran ini hanya menggunakan tisu yang nipis dan setiap kumpulan harus memegang hujung tisu tersebut dan bergerak secara bulatan mengikut rentak lagu jika tisu itu terputus maka kumpulan itu akan tersingkir.

       Bomb !

- Akhir sekali ialah permainan yang menguji pendengaran oleh setiap ahli kumpulan contohnya "Helang bomb, Helang bomb to Gagak Bomb" dan bagi setiap kumpulan yang lambat untuk memberikan tindak balas akan tersingkir .

Permainan-permainan ini telah menunjukkan bakat dan respon yang baik daripada anak-anak kecil ini mereka begitu seronok dan terhibur dengan apa yang telah kelas kami anjurkan .

      Memegang Barang Amanah

Ini adalah cara untuk mengajar kanak-kanak itu bahawa pentingnya amanah yang diberi oleh seseorang dan perlu bertanggungjawab untuk menjaga barangan tersebut, dengan cara ini boleh memupuk sifat-sifat rohani dalam diri kanak-kanak itu.



GAMBAR
















PENULIS : AMIRA IDAYU BT ARIFIN
                 : MOHAMAD ANIQ ABBAS BIN MOHAMAD ARIFFIN




























0 comments:

Post a Comment