Setiausaha

MENYEDIAKAN KERTAS KERJA CADANGAN MENGADAKAN MINGGU KHIDMAT MASYARAKAT 2016 BERTEMAKAN "SESI JALINAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH, CHEMOR, PERAK.



Saya (NUR ALISSA ZAHIDA BT AZHAR) (PENOLONG SETIAUSAHA), dan Syed (SYED EQBAL FAZNEL BIN SYED FAZNI) (SETIAUSAHA) telah bersama berganding bahu menyediakan kertas kerja untuk Program Khidmat Masyarakat ini. Ia mengambil masa seminggu untuk menyiapkan kertas kerja ini. Setelah siap kertas kerja ini ia mengambil masa sebanyak 2 minggu untuk mendapat kelulusan daripada pihak atasan. Alhamdulilah, kertas kerja ini mendapat kelulusan daripada pihak atasan dan pihak KOLEJ POLY-TECH MARA, IPOH memberi sumbangan sebanyak RM303.00 kepada kami untuk menjayakan projek khidmat masyarakat ini. Kami berharap dengan sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh pihak kolej ini dapat menjayakan lagi projek ini.






MEMINTA BANTUAN TAJAAN DARI IM4U UNTUK PROJEK "SESI JALINAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH,CHEMOR, PERAK.



Saya (NUR ALISSA ZAHIDA BT AZHAR) dan dengan bantuan Sir Syafiq Haron telah berusaha untuk meminta tajaan dari IM4U melalui online. Jumlah tajaan yang diminta dari pihak kami kepada IM4U ialah RM1100.00. Pihak kami masih lagi menunggu jawapan daripada pihak IM4U. Kami berharap dengan bantuan daripada IM4U ini dapat meringgankan beban kami untuk mencari dana demi menjayakan projek khidmat masyarakat bersama Anak Yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.

Penulis: NUR ALISSA ZAHIDA BT AZHAR


MEMINTA TAJAAN DARI AMIR AKBAR ENT BERKENAAN DENGAN CENDERAHATI UNTUK DIBERIKAN KEPADA  RUMAH ANAK YATIM YAYASAN AMANAH AN NUR MAISARAH, CHEMOR PERAK.

PADA 16/3/2016, SAYA (SYED EQBAL FAZNEL BIN SYED FAZNI) DAN RAKAN SAYA ( AHMAD FARIQNAZRIN) PERGI KE KEDAI TERSEBUT YANG MERUPAKAN SAHABAT SAYA DI BANGKU SEKOLAH DENGAN BERHAJAT UNTUK MEMINTA JASA BAIK MENYUMBANGKAN SEBUAH CENDERAHATI BERKENAAN YANG AKAN KAMI SUMBANGKAN KEPADA RUMAH ANAK TERSEBUT.

PENULIS: SYED EQBAL FAZNEL






PADA 4/4/2016, SAYA MENDAPAT PANGGILAN DARIPADAN SAHABAT SAYA TERSEBUT, DIA MENYATAKAN BAHAWA CENDERAHATI TERSEBUT TELAH SELESAI DI SIAPKAN. JADI DENGAN PANTAS SAYA PERGI MENGAMBILNYA. 
PENULIS: SYED EQBAL FAZNEL



              SELEPAS AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT



Saya (NUR ALISSA ZAHIDA BT AZHAR), berasa amat bersyukur kerana atas bantuan daripada semua pihak kami dapat menjayakan program ini dengan jayanya. Pada 8/04/2016 saya dan wakil kelas yang lain ke tapak Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah sehari sebelum hari projek dijalankan kerana ingin menyusun atur dan mengagihkan baju kepada anak-anak yatim di rumah anak yatim tersebut. Kami telah menyusun meja, melipat kain telekung yang kami ambil seminggu sebelum hari projek dijalankan untuk dibasuh sehingga bersih. Kami juga bersama berganding bahu membersihkan tapak rumah anak yatim itu sebelum majlis projek dijalankan bagi melancarkan majlis pada keesokkan harinya.
Pada 09/04/2016, saya ditugaskan bersama Fariq Nazrin, Syaiful Bahrin dan Ahmad Ghazimi untuk menjadi fasi kepada sebuah kumpulan yang dinamakan 'Helang'. Kumpulan 'Helang' dianggotai 7 orang kanak-kanak anak yatim. Kumpulan kami dianggotai 2 kanak-kanak perempuan dan 5 orang kanak-kanak lelaki. Terdapat 5 jenis permainan. Setiap permainan, kumpulan kami akan kalah terlebih dahulu. Tetapi kami berempat sebagai kakak dan abang fasi kepada kumpulan tersebut tak jemu jemu memberi kata semangat untuk mereka terus berusaha untuk menang. Alhamdulilah, pada permainan terakhir iaitu permainan 'Tarik Tisu Jangan Koyak' kami menang. Terpancar, perasaan bangga di muka mereka. Selepas habis majlis, saya dan ahli group fasi yang lain berasa berat hati untuk meninggalkan mereka tetapi kami terpaksa juga meninggalkan mereka demi meneruskan perjalanan hidup kami yang masih panjang. Sebelum kami semua berangkat pulang, sempat saya dan ahli kumpulan yang lain menghadiahkan hamper dan juga hadiah, bekas pensel dan pewarna lukisan.


PENULIS : NUR ALISSA ZAHIDA BT AZHAR  




            SELEPAS AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT



Saya "Syed Eqbal Faznel", berasa bersyukur dan berterima kasih kepada rakan sekelas saya kerana kami telah berjaya menjayakan program ini dengan baik. Bagi saya ini adalah satu pengalaman yang baru untuk saya, kerana sebelum ini saya tidak pernah berkunjung di mana mana rumah anak yatim dan ini juga membuat saya berasa seronok dapat meluangkan masa bersama mereka. Seminggu sebelum hari kejadian, saya diarahkan oleh sir syafiq yang merupakan penasihat dari badan tersebut untuk membuat surat sokongan tajaan untuk diberikan/dihantarkan kepada badan iM4u. Tapi malangnya, surat tajaan sokongan tersebut ditolak serta merta kerana ia terlalu lambat untuk meminta dari badan itu. Tetapi dengan usaha yang dilakukan dari bahagian tajaan yang diketuai loqman hakim, fariqnazrin dan alif, mereka berjaya mengumpul tajaan yang berjaya mereka perolehi. Pada hari kejadian, saya ditugaskan bersama loqman hakim, nurul asyiqin dan mohd  fakrullah dan 4 orang kanak kanak lelaki dan 2 orang kanak kanak perempuan. Kumpulan kami dinamakan kumpulan "pipit". Kumpulan kami berjaya memenangi permainan "goreng pisang" dan acara "belon. Setelah selesai permainan tersebut, terselah wajah wajah kegembiraan kanak kanak tersebut. Selepas habis majlis tersebut, kami sempat mengambil gambar tanda kenangan bersama kanak kanak tersebut. 

Penulis : Syed Eqbal Faznel
               Nur Alissa Zahida

1 comment: